Allah berfirman yang
bermaksud: “Sesungguhnya solat merupakan kewajipan yang ditentukan waktunya
terhadap orang yang beriman.” (Surah al-Nisa’ 4:103)
Ubadah bin Samit ada meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: “Ada lima solat yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap
seorang hamba. Sesiapa yang mengerjakannya tanpa mensia-siakannya dan tidak
menganggap remeh, maka baginya di sisi Allah janji bahawa Dia akan
memasukkannya ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak mengerjakannya, maka
baginya di sisi Allah tiada sebarang janji (untuk memasukkannya ke dalam
syurga).” (Riwayat Abu Daud, al-Nasa’i, al-Darimi, Ibn Majah dan lain-lain)
Waktu
Solat
|
Solat Fardu
|
Waktu
|
Jumlah rakaat
|
Jumlah rakaat qasar
|
|
Subuh
|
Terbit fajar sadik
hingga matahari terbit.
|
2
|
Kekal 2
|
|
Zuhur
|
Bermula dari
condongnya matahari ke barat hingga bayang-bayang sama panjang dengan objek.
|
4
|
2
|
|
Asar
|
Bermula sebaik
berakhir waktu zuhur hingga matahari kekuningan atau matahari terbenam.
|
4
|
2
|
|
Maghrib
|
Terbenam matahari
hingga hilangnya mega; iaitu warna kemerahan yang mengiringi matahari
terbenam.
|
3
|
Kekal 3 (tiada qasar)
|
|
Isyak
|
Bermula dari
hilangnya awan merah hingga terbit fajar sadik.
|
4
|
2
|
Hukum
berkaitan solat fardu:
- · Solat yang difardukan kepada setiap muslim ialah solat Subuh, Zuhur, Asar,Maghrib dan Isyak. Selain daripada lima solat fardu tersebut jatuh dalam kategori solat sunat yang digalakkan mengerjakannya.
- · Solat fardu wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan, sama ada sakit, dalam peperangan, tiada air untuk berwuduk dan sebagainya dengan sedukit rukhsah dalam beberapa perkara.
- · Solat fardu perlu ditunaikan dalam batas waktu tertentu. Solat yang dikerjakan di luar batas waktu tersebut tidak sah melainkan atas alas an yang dibenarkan syariat seperti terlupa atau tertidur.
- · Solat fardu 4 rakaat boleh diqasarkan dalam keadaan musafir, seperti yang tertera di jadual.
Ada yang mengeluh betapa beratnya solat fardu yang lima
waktu itu. Mungkin mereka lupa bahawa Allah telah berikan diskaun sebanyak 90%
kepada hamba-Nya berkat nasihat Musa a.s kepada Rasulullah s.a.w sewaktu
menerima perintah solat. Daripada asal 50 waktu, tinggallah hanya 5 waktu dan
kini kita dipermudah lagi dengan saranan azan dan iqamat dari masjid dan surau
berdekatan, laungan azan daripada media elektronik dan takwim bercetak. Apakah kita
tidak malu mencipta seribu satu alasan untuk tidak mengerjakan solat fardu?
No comments:
Post a Comment